[j] Majlis Pelancaran Drama Bersiri – BERET HIJAU & Perasmian Bidor Kopitiam

Pada hari Khamis 20 Jan lepas, satu majlis pelancaran drama bersiri komando, 13 episod berjudul ‘BERET HIJAU’ terbitan Global Network Entertainment Sdn Bhd. telah diadakan di sebuah cafe ‘Bidor Kopitiam’ terletak di Taman Len Seng, Cheras bersama-sama dengan majlis perasmian pembukaan Bidor Kopitiam itu sendiri.

Kedua-dua majlis perasmian itu telah disempurnakan serentak oleh Y.Bhg Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia. Dengan pertempuran ala-ala komando dan deruman enjin motosikal berkuasa besar dijadikan sebagai gimmick, majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato’ pada jam 6.00 petang.

Barisan pelakon drama bersiri BERET HIJAU bersama Gerup Gerak Khas (GGK) Kem Sungai Udang turut berada semasa majlis pelancaran tersebut. Beberapa artis tempatan juga dijemput untuk memeriahkan majlis. Antaranya Ana Raffali & The Marhaens, 6ixth Sense, Azlan & The Typewriter, Yazir AF, Mus MAY dan beberapa artis lain. Para wartawan dan beberapa orang kuat industri hiburan tanah air juga kelihatan berada dimajlis itu.

Berikut adalah sedikit gambar untuk dikongsi🙂

Tahiah diucapkan kepada Brother Azhari a.k.a Tiger Downtown atas perasmian Bidor Kopitiam Cafe. Semoga rezeki akan lebih melimpah ruah pada masa akan datang🙂

*all pics taken by Nikon D7000


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: