[e] Jom Pancing

Pakej termasuk perjalanan pergi balik dari KL ke jeti Sungai Kajang Baru, Tanjung Karang (2 jam), makan pagi –light breakfast, sewaan bot dan umpan.

Lubuk #1 – Bagi mereka gemarkan cabaran, lubuk ini amatlah sesuai kerana sekurang-kurangya bermain dengan ikan seberat 5kg. Jika bernasib baik, pari juga dapat dinaikan. Namun begitu, lubuk ini ada masa-masanya. Untuk trip kali ini tarikh 6, 7 & 8 Disember adalah masa terbaik kerana air tenang & kurang bergelora.

Lubuk #2 – Lubuk ini  menjanjikan ikan-ikan lauk seperti selar, kembung & senangin. Menggunakan teknik appolo, jangan terkejut jika kotak ikan anda penuh dengan ikan. Rekod setakat ini adalah 60kg senangin dalam 1 kotak ikan. Lubuk ini juga seperti Lubuk #1, masa terbaik  adalah pada 6, 7 & 8 Disember.

Lubuk #3 – Lubuk ini adalah lubuk bagi mereka yang mahukan aktiviti memancing yang santai. Melayan sembilang 500g di tepi teluk amatlah mengasyikan walaupun sesekali tertarik joran oleh ikan duri.

Untuk sebarang pertanyaan ataupun maklumat lanjut bolehlah email ke mail@rewurk.com ataupun terus hubungi talian seperti diatas.

Jom Pancing!

-Rewurk Project-


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: