[j] Shell Kasih Ramadhan 1434 – 11 Julai 2013 / 2 Ramadhan 1434

Pada 11 Julai yang lalu, Rewurk Project telah diberi kepercayaan oleh pengusaha-pengusaha stesen Shell kawasan tengah untuk menganjurkan satu majlis berbuka puasa bersama anak yatim.

Bertempat di Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ampang Selangor satu majlis berbuka puasa bersama golongan yang kurang bernasib baik ini telah diadakan. Majlis ini bermula dengan perarakan konvoi oleh pengusaha-pengusaha stesen Shell dari stesen Shell selepas Zoo Negara terus ke Rumah Kasih Nurul Hasanah. Konvoi ini telah selamat sampai pada jam 6.00 petang dengan bantuan dari anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, hadirin yang hadir dianggarkan lebih dari 120 orang termasuk penghuni Rumah Kasih Nurul Hasanah telah dihiburkan oleh gesekan biola yang didatangkan khas untuk majlis ini.

Tepat jam 7.30 petang, azan telah dilaungkan oleh wakil dari Rumah Kasih Nurul Hasanah menandakan masuknya waktu Maghrib dan waktu berbuka puasa. Selesai berbuka, hadirin berjemaah menunaikan solat Maghrib yang diimamkan oleh Ustaz Yazid dari Madrasah Tahfiz Nurul Hidayah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Selesai solat Maghrib, para hadirin sekali lagi dihiburkan oleh Kumpulan Nasyid dari Rumah Kasih Nurul Hasanah.

Pengusaha-pengusaha stesen minyak Shell kawasan tengah telah berbesar hati untuk memberi sumbangan kepada Rumah Kasih Nurul Hasanah berupa wang tunai sebanyak RM 10,000.00 selain daripada sumbangan ikhlas persendirian. Penghuni-penghuni Rumah Kasih Nurul Hasanah juga diberikan cendrahati seorang satu untuk menceriakan lagi mereka menyambut bulan mulia, Ramadhan.

Selesai pemberiani cendrahari, para hadirin kemudian menunaikan solat Isya’ dan diikuti solat sunat Tarawikh.

Berikut beberapa gambar untuk dikongsi bersama. Salam Ramadhan al-Mubarak

ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

Lagi gambar disini

Rumah kasih Nurul Hasanah yang beralamat di No 1, Lorong Pimping Kanan, Ukay Height, Ampang mengalu-alukan bantuan dari segi barangan mahupun wang tunai bagi menampung perbelanjaan harian. Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah terus ke Rumah Kasih Nurul Hasanah seperti alamat diatas ataupun boleh menghubungi nombor 03-4253 3500. Semoga kita bersama-sama mendapat berkat. Insyallah

Image

Rewurk Project ® All Right Reserved 2013


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: