[p] Shell Kasih Ramadhan 1434 – Utusan paper cutting (17 July 2013)

SHELL KONGSI KASIH SAYANG BERSMA ANAK YATIM

Image

Bagi meraikan golongan anak yatim dan fakir miskin untuk sama menikmati kemeriahan Ramdhan, pengusaha stesen minyak Shell Malaysia baru-baru ini menganjurkan majlis berbuka puasa bersama pusat kebajikan, Rumah Kasih Nurul Hasanah.

Program usahasama antara pengusaha-pengusaha stesen minyak Shell kawasan tengah itu bertujuan mengeratkan hubungan antara penganjur bersama penghuni dalam saling berkongsi kasih sayang.

Sebanyak RM10,000 disumbangkan kepada rumah kebajikan tersebut yang juga berfungsi sebagai pusat transit bagi saudara baru, ibu tunggal, warga emas dan pusat perlindungan golongan teraniaya.

Pengendali Rumah Kasih Nurul Hasanah, Zuriati Ismail, 59, berkata, majlis itu sangat bermakna buat penghuni rumah kebajikan tersebut kerana itu merupakan program pertama kali diadakan di Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ampang sejak ditubuhkan.

“Sebelum ini, kami sering menerima jumputan daripada pelbagai pihak untuk meraikan penghuni rumah ini dengan mengadakan majlis di hotel-hotel atau restoran besar. Kami sangat berbesar hati dengan jemputan tersebut.

Namun, berbeza dengan majlis sebelum ini, saya berasa lebih terharu kerana sejak ditubuhkan pada tahun 2012, ini adalah kali pertama pihak penganjur sudi mengadakan majlis di rumah perlindungan ini untuk meraikan kanak-kanak ini di rumah mereka sendiri,” katanya.

Beliau juga turut berharap hubungan yang terjalin antara Rumah Kasih Nurul Hasanah dan pengajur akan terus berkekalan hingga ke masa depan.

Sementara itu, bagi seorang penghuni Syaful Azmeer Shahrul Ashraf, 13, menyatakan rasa gembira kerana diraikan dalam majlis itu dan berpeluang mendengar muzik yang merupakan kegemarannya secara terus.

“Saya minat muzik. Dengan penganjuran majlis ini, saya berpeluang menyaksikan pertunjukan muzik secara terus selain dapat menikmati juadah lazat yang disediakan penganjur.

Dengan adanya majlis ini juga saya merasakan kami golongan kurang bernasib baik sentiasa mendapat perhatian daripada masyarakat yang tidak pernah putus memberikan kami bantuan dan dorongan,” katanya yang ditempatkan dirumah tersebut sejak tahun lalu.

Image

Utusan Malaysia (Sisipan Mega) – 17 Julai 2013
Berita oleh: Mohd Shah Che Ahmad
Gambar oleh: Razak Latif


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: