[j] Misi Bantuan Kemanusiaan Gabungan 2013 – Pos Hau, Gua Musang

Misi Bantuan Kemanusia Gabungan 2013
6-8 Disember 2013
Kg Redip & Kg Ladoi, Pos Hau, Gua Musang, Kelantan

Musim tengkujuh yang melanda negara kita khususnya dinegeri-negeri pantai timur setiap hujung tahun membawa pelbagai dilema bagi masyarakat orang asli yang tinggal di kawasan pendalaman. Ini kerana hujan membataskan aktiviti harian mereka terutamanya kegiatan pertanian dan mencari hasil hutan. Atas dasar satu Malaysia dan semangat bantu membantu antara masyarakat berbilang bangsa di Malaysia, maka satu program Misi Bantuan Kemanusian Gabungan 2013 telah dijalankan dengan kerjasam pihak Kay Adventure, My Landy, Putrajaya Adventure Team, Army 4X4, Tanah Merah 4×4, Insaf Teknikal Malaysia, dan Jat Carera Langkawi.

Kg Redip dan Kg Ladoi yang merupakan kawasan penempatan masyarakat orang asli Pos Hau, Gua Musang Kelantan menjadi tumpuan untuk misi kali ini yang mana antara objektif utama misi ini adalah menghulurkan bantuan barangan makanan dan pakaian untuk masyarakat kampung menghadapi musim tengkujuh.  Tepat jam 11.00 pagi Jumaat 6 Disember 2013, konvoi kenderaan pacuan empat roda sebanyak 30 buah memulakan konvoi menuju ke Kuala Betis dari Bandar Gua Musang, Kelantan. Di Kuala Betis, konvoi berhenti sementara untuk menunaikan solat Jumaat dan membuat persiapan akhir sebelum memasuki laluan jalan balak berlumpur untuk menuju ke Pos Hau.

Selesai solat Jumaat dan persiapan akhir di Kuala Betis, konvoi memula cabaran menuju ke Kg Redip yang merupakan kampung pertama dikawasan Pos Hau. Cabaran pertama konvoi mula dihadapi apabila hujan mula turun sebaik sahaja konvoi memasuki laluan hutan. Akibat hujan yang tidak berhenti-henti maka laluan balak hutan ini telah menjadi sawah bendang dengan selut dan lumpur yang membataskan pergerakan konvoi. Cabaran demi cabaran dihadapi peserta konvoi untuk sampai ke lokasi pertama misi termasuklah kerosakan pada kenderaan yang digunakan. Oleh kerana semangat yang kuat dan bantu-membantu antara peserta konvoi maka konvoi telah berjaya mengharungi cabaran untuk sampai ke Kg Redip tepat jam 10.00 malam setelah hamper 10 jam beradu tenaga dengan cuaca dan keadaan laluan yang berlumpur dan menyukarkan pergerakan.

Penduduk Kg Redip berkumpul dan menyambut kedatangan konvoi dengan meriah sekali. Kg Redip adalah kampung projek Homestay oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Gua Musang dimana dikampung ini telah dibina chalet-chalet berkonsepkan homestay. Chalet-chalet ini adalah merupakan rumah asal masyarakat orang asli yang dibina semula untuk dijadikan home stay sebagai salah satu tarikan pelancong serta dapat menjana pendapatan masyarakat orang asli. Hari pertama misi tamat dengan setiap perserta konvoi merehatkan badan serta bergaul mesra dengan masyarkat kampung.

Pagi sabtu 7 Disember 2013 disambut dengan kabus sejuk serta suasana hutan yang nyaman. Kawasan kampung yang terletak berhampiran sungai menjadikan kawasan ini aman dan tenteram. Hari kedua misi meneruskan aktiviti awal pagi dengan kelas memberus gigi dengan betul bersama-sama anak-anak masyarakat kampung. Selepas bersarapan pagi, para peserta bersama-sama untuk acara pertandingan mewarna dan permainan kampung bersama-sama anak-anak masyarakat orang asli.

Walaupun hujan masih turun dengan renyai, sebahagian perserta konvoi meneruskan misi ke kampung kedua iaitu Kg Ladoi yang terletak lebih kurang 7-8 kilometer dari Kg Redip melalui laluan jalan hutan. Konvoi yang mengikuti misi ke Kg Ladoi agak kecik kerana keadaan jalan yg teruk dan cuaca hujan yang membuatkan laluan lebih mencabar. Cabaran ke Kg Ladoi lebih extreme dengan konvoi terpaksa membuat jambatan balak kerana hujan telah memutuskan salah satu dari jambatan menghubungkan kg Ladoi dan Kg Redip. 4 jam diperlukan pihak konvoi untuk sampai ke Kg Ladoi. Hujan masih turun dengan lebat di Kg Ladoi dan pihak konvoi terus menyerahkan barang bantuan yang dibawa dan seterusnya kembali ke Kg Redip sebelum malam menjelma atas dasar keselamatan.

Konvoi dari Kampung Ladoi selamat tiba di Kg Redip jam 7 malam.  Penduduk Kg Redip telah siap sedia didewan utama untuk majlis penyampaian hadiah acara bersama anak-anak masyarakat orang asli Kg Redip dan juga acara penyerahan bantuan yang dibawa. Majlis malam itu berjalan dengan lancar dan penutup majlis ditamatkan dengan persembahan pancaragam anak-anak muda orang asli Kampung Redip hingga lewat pagi.

Ahad 8 Disember 2013 merupa hari terakhir konvoi di Kampung Redip, Pos Hau, Gua Musang Kelantan. Acara masih diteruskan pagi itu dengan senaman poco-poco bersama-sama masyarakat orang asli kampung. Sebaik sahaja semua perserta selesai membuat persiapan akhir, konvoi bergerak meninggalkan Kampung Redip menuju ke Bandar Gua Musang. Konvoi mengucapkan selamat tinggal kepada masyarakat orang asli Pos Hau dan berharap dapat kembali semula melawat kampung-kampung tersebut pada masa akan datang. Misi Bantuan Kemanusian Gabungan 2013 ke Pos Hau, Kuala Betis, Gua Musang Kelantan telah berjaya dilaksanakan.

a
b
c
d
e
f
g
h
i
j
k
l
m
n
o
p
q
r
s
t
u
v
w
x
y
z
zz

Artikel oleh: Azmani Mohamad (azmani.mohd@gmail.com)
Gambar oleh: Acham (acham@rewurk.com)

For more pictures please click here

Rewurk Adventure ® All Right Reserved 2013


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: