Teva 3rd Kenaboi Adventure Race 2014

Satu acara larian lasak, Kenaboi Adventure Race 2014 telah diadakan baru-baru ini bertempat di Kampung Chennah, Jelebu , Negeri Sembilan. Penganjuran kali ke tiga ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada atlit-atlit larian lasak dari seluruh Malaysia dan juga antarabangsa.

Seramai 230 pasukan yang terdiri daripada dua peserta campuran lelaki dan wanita telah berentap untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai melebihi 10,000 Ringgit Malaysia. 70 pasukan dari kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan 160 pasukan dari kategori terbuka telah berkampung disekitar kawasan Kampung Chennah sehari sebelum pertandingan lagi.

Buat pertama kalinya kategori IPT diperkenalkan pada kejohanan kali ini dan pihak pengajur telah menerima permohonan dari IPT sekitar Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka. Kejohanan kali ini juga menerima penyertaan daripada atlit negara luar seperti England, Thailand, Singapura, Indonesia, India, Nigeria dan Kenya.

Acara yang bermula di S.K Dato Undang Abdullah itu menyaksikan pelepasan untuk kategori IPT kemudian diikuti oleh kategori terbuka oleh Exco Perlancongan Negeri Sembilan, Y.Bhg Tun Hairuddin tepat jam 8.30 pagi. Para peserta untuk kategori terbuka harus menamatkan 22KM larian diselangi dengan 6 disiplin sepanjang larian manakala kategori IPT pula harus menamatkan 16KM larian diselangi dengan 5 disiplin. Antara disiplin yang  di harungi oleh para peserta adalah seperti memintal tali, bowling kelapa dan menggua.

Johan untuk kategori terbuka telah dimenangi oleh Muhd Adi Weding dan Nur Amelia Musa dari ‘SKA Runner’ dengan catatan masa 2 jam 19 minit. Johan membawa pulang wang tunai bernilai RM2,000.00, tropi dan medal. Johan untuk kategori IPT pula dimenangi oleh Samsu Rudi dan Shu Seo Cheng dari ‘UPSI Mix’ dengan catatan masa 2 jam 39 minit. Johan bagi kategori IPT membawa pulang wang tunai RM1,000.00 beserta tropi dan medal. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Jelebu, Y.BhgTuan Haji Mohamed Roduan Ujang, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Y.Bhg En. Baharudin Ali dan Penghulu Kampung Chennah.

Kejohanan yang mendapat sokongan penuh daripada Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Negeri Sembilan ini diuruskan oleh Kenaboi Adventure Enterprise yang diterajui oleh Saudara Khairil Anuar bersama-sama dengan Kenaboi Adventure Team Dirt Bike dan Archery.

Selain daripada itu, kejohanan kali ini juga mendapat kerjasama daripada agensi kerajaan lain seperti Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Jelebu, Polis DiRaja Malaysia dan Rela.

Antara penyumbang lain bagi kejohanan kali ini adalah seperti pengeluar barangan sukan Teva, kedai barangan sukan Basecamp dan Abot Shop, pengeluar minuman isotonic Red Bull, Petronas Kuala Klawang, Anstech, Outdoor World Adventure, MOY Publication Sdn Bhd, akhbar Kosmo! dan rakan media Rewurk Adventure.

Pegawai Daerah Jelebu, Y.Bhg Tuan Haji Mohamed Roduan berkata penganjuran kali ini dianggap berjaya kerana limpahan penyertaan yang ramai sehingga pihak penganjur terpaksa membuka penyertaan melepasi kuota yang ditetapkan. Untuk penganjuran yang akan datang, beliau berjanji akan menjadikan kejohanan ini lebih besar dengan penyertaan yang lebih ramai. Tambah beliau lagi, pihak kerajaan negeri akan mengambil kira faktor logistik yang lebih teratur dan penambahan infrastruktur bagi memastikan keselesaan para atlit dan semua yang terlibat termasuk pihak media yang membuat liputan sepanjang kejohanan berlangsung.

1 2 3 5 46 7 89

 

Artikel oleh: Eddy Ahmad (eddy@rewurk.com)
Gambar oleh: Acham (acham@rewurk.com)

Rewurk Adventure ® All Right Reserved 2014


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: