Tag Archives: India

Sidang Media – 3rd Kenaboi Adventure Race 2014

Kenaboi20/03/14, Jelebu, Negeri Sembilan.   Satu acara sukan lasak yang dikenali sebagai Kenaboi Adventure Race 2014 akan berlangsung pada 29 & 30 Mar 2014 bertempat di Kampung Chennah, Jelebu, Negeri Sembilan. Pengajuran kali yang ke-3 ini menghimpunkan 460 peserta dari 230 kumpulan atau pasangan (lelaki dan wanita). Daripada jumlah itu, 70 pasukan mendaftar dibawah kategori IPT manakala selebihnya mendaftar dibawah kategori terbuka.

Bagi kategori terbuka, selain daripada penyertaan tempatan, penganjuran kali ini juga mendapat penyertaan antarabangsa seperti Singapura, Indonesia, Thailand, India, Kenya, Nigeria dan England. Manakala bagi kategori IPT pula menyaksikan penyertaan pasukan dari institut pengajian tinggi sekitar Johor, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka.

“Ini adalah kali pertama KAR membuka penyertaan untuk kategori IPT dan ianya mendapat sambutan yang baik daripada atlit-atlit IPT sekitar Negeri Sembilan.” Kata Pengarah Kejohanan K.A.R. 2014, Saudara Khairil Anuar.

“Bagi kategori terbuka, peserta dikehendaki berlari sejauh 20 KM dan kategori IPT pula hanya 15 KM. Namun kedua-dua kategori mempunyai jumlah ‘check-point’ yang sama, iaitu enam” Tambahnya lagi pada sidang media yang diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu semalam.

Acara yang diuruskan oleh syarikat pengurus acara Kenaboi Adventure Enterprise ini telah mendapat kerjasama penuh daripada Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Sembilan.

Satu acara penyerahan tajaan juga berlangsung semalam bersama-sama wakil penaja K.A.R. 2014 antaranya, Teva, Basecamp, Abot Shop, Petronas Kuala Klawang, Anstech, Outdoor World Adventure, MOY Publication Sdn Bhd, akhbar Kosmo! dan rakan media K.A.R 2014, Rewurk Adventure.

Image

K.A.R. 2014 kali ini menawarkan hadiah keseluruhan yang bernilai lebih RM 10,000.00 selain daripada sijil penyertaan, pingat, trofi dan barangan sukan lasak berjenama.

Selain daripada acara utama yang berlangsung pada 30 Mar 2014, karnival jualan dan pameran juga akan diadakan bermula jam 2.00 petang pada 29 Mac 2014. Satu acara larian atau dikenali sebagai ‘Kenaboi Fun Race’ juga akan berlangsung pada petang 29 Mac yang menawarkan hadiah berupa kasut sukan lasak jenama Teva yang bernilai lebih RM500.00.

Untuk maklumat lanjut berkenaan K.A.R 2014, boleh click disini.

Teks oleh: Eddy Ahmad (eddy@rewurk.com)
Gambar oleh: Acham (acham@rewurk.com)