Air terjun Berkelah yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur mamang terkenal dengan keindahan air terjunya selain daripada keujudan kolam-kolam semula jadi disekitar air terjun tersebut. Nama air terjun Berkelah memang tidak asing lagi dikalangan mereka yang menggemari aktiviti lasak di Malaysia dan tidak hairanlah sekiranya pelancong asing juga tertarik untuk sampai disini.
Baru-baru ini, Abot Outdoor Adventure, sebuah syarikat pengelola aktiviti lasak yang beroperasi di Bangi, Selangor bersama-sama dengan NH Outdoor telah mengadakan satu aktiviti menuruni air terjun yang juga dikelani sebagai ‘canyoning’ bertempat di air terjun Berkelah dalam daerah Kuantan, Pahang. Seramai 25 orang perserta dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Kedah telah menyertai aktiviti dua hari satu malam ini. Semua peserta yang rata-ratanya datang dari golongan yang berkerja telah berhimpun di salah sebuah stesyen minyak berdekatan Gombak untuk pendaftaran terakhir sebelum bertolak ke Gambang, Pahang pada jam 12.00 tengah malam. Para peserta kemudianya berhenti seketika di RnR Temerloh untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan mereka.
Semua peserta selamat sampai di Kampung Paya Bungo, yang terletak berhampiran kaki air terjun pada jam 3.30 pagi dan mereka berehat sebentar sementara menunggu peserta dari Kuantan sampai. Setelah selesai solat subuh di sebuah Masjid berhampiran, para peserta kemudiannya melakukan persiapan terakhir sebelum memulakan pendakian ke air terjun. Satu taklimat berkenaan program dan aktiviti sepanjang berada di air terjun Berkelah telah diadakan oleh pihak pengajur pada pagi itu. Para peserta yang kelihatan teruja untuk memulakan pendakian telah dibawa ke kaki air terjun Berkelah dengan menaiki pacuan empat roda yang juga disediakan oleh pihak pengajur. Semua peserta memulakan pendakian pada jam 10.30 pagi dan pendakian mengambil masa lebih kurang satu jam untuk sampai ke air terjun yang ke-3, dimana para peserta akan berkhemah disitu.
Setelah sampai di tapak perkhemahan, sementara melepaskan lelah setelah satu jam pendakian, pengajur telah menghidangkan minum pagi kepada semua peserta. Para peserta kemudianya memasang khemah dan membuat persiapan yang sepatutnya sebelum aktiviti seterusnya bermula.
Deruan air terjun memecah suasana hutan tengahari itu. Dihidangkan pula dengan makan tengah hari yang disediakan oleh chef yang bertugas pada waktu itu, para peserta kelihatan begitu berselera menjamah hidangan. Selesai makan tengahari, para peserta telah dipanggil berhimpun untuk mendengar taklimat aktiviti dan taklimat keselamatan sebelum memulakan aktiviti canyoning. Taklimat yang diberikan oleh saudara Azhar dari NH Outdoor menyentuh berkenaan keselamatan semasa melakukan aktiviti kerana ini adalah salah satu aktiviti lasak yang mencabar dan berisiko tinggi. Walaupun semua peserta dibekalkan dengan insuran kemalangan diri semasa berada disini, sebagai pihak penganjur keselamatan para pesertanya amatlah dititikberatkan.
Pada jam satu petang, para peserta telah mula melakukan aktiviti canyoning dan mereka dilepaskan secara bertiga pada satu-satu masa. Para peserta yang dibantu oleh kru yang berpengalaman kelihatan begitu seronok melakukan aktiviti ini. Saudara Acham, jurugambar profesional dari Rewuk Adventure telah merakamkan pengalaman menarik para peserta sepanjang aktiviti berlangsung. Kerana terlalu teruja untuk menuruni air terjun, ada juga peserta yang melakukannya lebih dari sekali turunan.
Selesai aktiviti canyoning, para peserta kemudianya dibawa untuk mendaki ke air terjun yang paling atas. Air terjun yang dikenali dengan nama Kolam Tujuh ini mengambil masa lebih kurang satu jam perjalanan dari air terjun ke-3 untuk sampai. Para peserta terpaksa meredah laluan sungai, laluan batu batan dan laluan yang curam untuk sampai ke Kolam Tujuh ini. Setelah sampai di Kolam Tujuh, para peserta tidak melepaskan peluang untuk mandi manda dan bergambar sebagai kenang-kenangan.
Semasa perjalanan turun dari Kolam Tujuh menuju ke tapak perkhemahan, hujan telah turun dengan lebatnya dan ini menyebabkan air sungai menjadi deras. Manakala tapak perkemahan pula dipenuhi dengan air hujan yang membanjiri kawasan itu. Kebanyakan barang-barang peserta yang berada diluar khemah basah. Nasib baik ada kru yang tidak mengikuti pendakian ke Kolam Tujuh berada di tapak perkhemahan semasa hujan turun dan barang-barang ini telah diselamatkan oleh mereka.
Aktiviti pada malam hari pula, selain dari makan malam, para peserta sepatutnya dihimpunkan didalam khemah utama untuk sesi ‘ice breaking’ yang akan dilakukan oleh saudara Abot. Tapi malangnya sesi itu tidak dapat dijalankan berikutan hujan yang masih turun dan keadaan peserta yang keletihan setelah melakukan aktiviti disiang hari.
Pagi hari keduanya, aktiviti dimulakan dengan cukup santai dimana para peserta dihidangkan dengan sarapan pagi yang enak dan kemudian aktiviti mandi manda di tapak perkhemahan. Para peserta mula mengamas khemah masing-masing pada jam 10.30 pagi dan di ikuti dengan pembersihan tapak perkhemahan secara bergotong royong. Setelah selesai makan tengahari, lebih kurang jam 12.00 tengahari, para peserta telah merakamkan gambar berkumpulan di tapak perkhemahan untuk kenangan masing-masing.
Selesai di tapak perkhemahan, para peserta berhimpun semula di satu kawasan yang terletak lebih kurang 100 meter dari tapak perkhemahan untuk aktiviti seterusnya, Flying Fox. Peserta dikehendaki menuruni tali sejauh 50 meter sebelum meneruskan perjalanan turun. Sekali lagi para peserta teruja untuk melakukan aktiviti ini dan seperti biasa, pihak penganjur telah mengadakan taklimat keselamatan kepada semua peserta sebelum aktiviti bermula. Peserta mula menuruni tali pada jam 1.30 petang dan aktiviti pada hari itu berakhir pada jam 5.00 petang
Setelah selesai aktiviti Flying Fox, semua peserta berjalan turun dari air terjun Berkelah dan berhimpun semua di kaki air terjun sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing. Satu acara penutup dan penyampaian sijil kepada peserta telah diadakan semasa berada di kaki air terjun. Sijil-sijil telah disampaikan oleh Saudara Abot mewakili Abot Outdoor Adventure dan Pak Syeikh mewakili NH Outdoor. Program kali ini berakhir disitu, dan pada peserta pulang ke haluan masing-masing. Walaupun semuanya kelihatan letih namun mereka gembira dan seronok. Pastinya pengalaman yang mereka dapat selama dua hari satu malam di air terjun Berkelah tidak dapat dijual beli. Program-program seperti ini pastinya akan diadakan lagi pada masa-masa akan datang.
Artikel oleh: Eddy Ahmad (eddy@rewurk.com)
Gambar oleh: Acham (acham@rewurk.com)
Like Abot Outdoor Adventure here & NH Outdoor here
Semua gambar adalah hak cipta terpelihara Abot Outdoor Adventure 2014